I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, September 23, 2011

Kasih Ibu

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibusegera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya . Kos upah membantu ibu :



  1. Tolong pergi kedai : Rm4.00
  2. Tolong jaga adik : Rm4.00
  3. Tolong buang sampah : Rm1.00
  4. Tolong kemas bilik : Rm2.00
  5. Tolong siram bunga : Rm 3.00
  6. Tolong sapu sampah : Rm3.00
Jumlah :Rm17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil ada sesuatu yang berlegar-legar di mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

  1. Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
  2. Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
  3. Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
  4. Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
  5. Kos menyediakan makan minum , pakaian , dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata sia anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si ibu . Si anak menatap wajah ibu , memeluknya dan berkata,

" Saya Sayangkan Ibu" . Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya .


No comments:

Post a Comment