I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, August 31, 2011

Raya = 2nd

raya kedua . . .
hrmmm .
buat ape ek .
bangun pukul 1 pm 
then 
terus g setiawangsa 
beraya sakan nohh . haha

raya kedua . . .

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN ke 54

MAKE SOME NOISE 
RANJERS AND SOLDIER


Tuesday, August 30, 2011

Raya = 1st

first raya hari ini .
best gila .
tapi bila time petang tu terus tak best
sebab
fais EXCIDENT motor .

just luka lutut kanan and bahu kanan rasa sakit je .
pape pun korang dont worry okay .
chill :)

pic pagi raya 





nak tengok lagi ?
tengok lah dekat facebook fais .
just add 
FAIS OZIL

Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR & BATIN 
TO :
  1. FAMILY FAIS
  2. SITI NUR BINTI KHALID & SEKELUARGA
  3. FOLLOWER FAIS
  4. GENG BLOGGER SEMUA
  5. KAWAN KAWAN
  6. SESIAPA YANG MENGENALI FAIS
  7. SEMUA UMAT ISLAM 
LOVE YOU ALL <3

Friday, August 26, 2011

baju raya tahun 2011

assalamualaikum 
hari nie fais nak tulis pasal baju raya tahun nie .
korang semua pakai warna apa tahun nie ?

fais tahun nie pakai baju yang sama dengan tahun lepas .
lagi pun rasa membazir je bila tiap tiap tahun beli kan .

so fais tak membazir ,
pakai je lah yang tahun lepas .
membazir amalam syaitan .
engat tu !
hee

tahun nie fais pakai warna biru .
baju melayu teluk belaga ( stail johor )

baju raya teluk belaga

SELAMAT HARI RAYA :)

Wednesday, August 24, 2011

demam

hye .
apa khabar ?
fais harap semua sihat . 
errmmm .
nak tahu kenapa dengan tajuk demam nie .

okay fais nak cerita nie .
fais demam . huhu
bila nak dekat raya je mesti demam .
kenapa ek ?
dah 2 tahun fais raya dalam keadaan demam .
tak kan tahun nie pun nak berulang jugak .


raya dalam keadaan demam ?

so korang jaga lah kesihatan :)

chill :)

Sunday, August 21, 2011

muka lebih kurang

hey .
i want tell you this secret .
dont tell to anyone okay .
promise ?
haha

tak de lah .
fais gurau je .
nie fais ada 1 cerita yang nak di kongsi dengan korang . .
koraang korang . .
korang kenal tak nie siapa ?

nie lah my girl fais :)

kalau korang nak tahu .
muka dia kalau sekali pandang .
i means face to face lah .
sumpa macam artis korea 
SONG JI HYO 

SONG JI HYO 

cute kan :)
comel je :)



MALAM LAILATUL-QADAR

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T.  Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam surah AL-Qadr 97: Ayat 3.
     
       Maksudnya: "Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "


Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w :


                  Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dikankikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "


Diriwayatkan daripada Saiyidatinan Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 malam terakhir bulan ramdhan , Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
                   
                    Maksudnya: " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. "  


Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, " Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa :
                      Maksudnya: " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku




Saturday, August 20, 2011

penghinaan

17-08-2011
berita tergempar telah berlaku ke atas 
seluruh keluarga OZIL .
termasuk aku . 
FAIS OZIL .

benda berlaku diantara 
MESUT OZIL & DAVID VILLA
semasa perlawanan antara
barcelona vs real madrid

kenyataan :
" I was defending my religion , because David Villa insulting ISLAM "-MESUT OZIL

fais sebagai keluarga sesama ISLAM & OZIL
turut terasa dgn kata kata itu .


Running Man



addict with this new variety show
RUNNING MAN

RUNNING MAN is a South Korean variety show ; a
part of SBS's Sunday Good Lineup , along with Kim Yu-na" Kiss &
Cry . Its was first aired on July 11 . 2010
This show is classified as an "urban action variety" ; a 
never before seen new genre of variety show .

STARRING : 


Yu Jae-suk
Gary
Ha-ha
Ji Suk-jin
Kim Jong-kook
Lee Kwang-su
Song Ji-hyo
Song Joong-ki (Ep.1-41)
Lizzy (After School) (Ep.18-26)


MEMANG KELAKAR GILA CERITA NIE 
KALAU KORANG TAK PERCAYA .
TENGOK LAH SENDIRI :D

Sunday, August 14, 2011

happy birthday along


happy birthday to you . 
happy birthday to you 
happy birthday to nur atikah 
happy birthday to you :)

tuan punya badan tu ( baju pink dpn baju hijau )

untuk pengetahuan korang :
along nie cool org nye =)
fais suka gaduh dgn dye :)
my classmate a.k.a penolong ketua kelas :))

fais harap along berjaya di dunia and d akhirat .
always success & smile =))

chill :)

Thursday, August 11, 2011


  • TIADA HARAPAN SELAIN ALLAH S.W.T
  • TIADA IDOLA SELAIN NABI
  • TIADA KATA SEINDAH AL-QURAN
  • TIADA JALAN SELURUS SUNNAH
  • TIADA PERJUANGAN SELAIN ISLAM 
DIA CAKAP MATA SAYA SEPET !
DIA CAKAP MATA SAYA BILA TIME NAK TIDUR MACAM PANDA !
DIA CAKAP MULUT SAYA MACAM BERUANG KOALA !

TAPI

SAYA NAMPAK RILEX AND BERSAHAJA .
ITU MEMBUATKAN SAYA NAMPAK UNIK DI MATA DIA :)

The Untunglah Trend

sekarang ada trend sebut "untunglah" kepada orang yang bernasib extra baik , which I find annoying . Sebab bunyinya macam orang jealous berusaha nak sound comel . Puihh ! tapi hari ini I pula nak jadi si annoying yang jealous tapi berusaha nak sound comel dengan  berkata . . .
UNTUNGLAHHH PERODUA CAR OWNERSS . . .


kenapa ? kenapa ? kenapa ?



Untunglahhh Perodua Tweckbot offer service pemeriksaan 15 poin kepada kereta anda secara percuma and adalah 1st ever in Malaysia and maybe even 1st in the world.


Untunglahhh Perodua car owners yang duduk Klang Valley, sebab bila Perodua Tweckbot berlegar berhampiran kawasan anda, cuma perlu tweet mereka (@MYPerodua) dan beritahu lokasi anda supaya diorang datang.


Untunglahhh Perodua Tweckbot beroperasi sebelum Raya supaya perjalanan ke kampong anda selamat semuanya.


Untunglahhh jadi customer Perodua, yelah dengan tagline mereka ‘ANDA KEUTAMAAN KAMI’.


Untunglahhh jadi keutamaan mereka.


ramadhan aku

nak tahu apa yang fais buat time bulan puasa nie .


CHECK IT OUT !

04.30am : bangun sahur . 
03.30pm : baru bangun tidur .
06.30pm : pergi bazar ramdhan . pergi je , tapi tak beli pape pun . saje syok syok . 
07.30pm : buka puasa ( selamat berbuka puasa )
08.30pm : g masjid . solat isyak & terawih . isyak je buat , terawih ikut mood . kalau tak buat terawih pun fais  members akan lepak mamak . tapi masjib memang tiap tiap hari pergi ( nakal kan )
11.00pm : futsal . ini pun dah kira tiap tiap hari gak .
01.00am : lepaking at mamak or anywhere .
03.00am : baru balik rumah .
03.00am : online 
04.30am : bangun sahur .
*txt with my perigi tak kira waktu . heee
inilah rutin hari fais bulan puasa :)
nakal kan kan . hahaha


selamat menjalani ibadah puasa :)
pesanan ikhlas dari fais :)
selami jiwa :)
selami hati :)
selami laut dalam :)

Sunday, August 7, 2011

Peristiwa Besar Bulan Ramdhan

(Dipetik dari buku Ramadhan: Tetamu Yang Dirindui)

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya:

BULAN DITURUNKAN AL KITAB
Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.
Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain ZaburTauratInjil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan.

PERISTIWA BADAR

Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.
Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 anggota tentera musyrikin Mekah yang lengkap bersenjata. Dalam peperangan ini, tentera Islam memenangi pertempuran dengan 70 tentera musyrikin terbunuh, 70 lagi ditawan manakala bakinya melarikan diri.
Peperangan ini adalah suatu yang luar biasa apabila tentera Islam yang kurang jumlah, lemah daripada sudut kelengkapandan berpuasa dalam bulan Ramadhan memenangi pertempuran Perang Badar. Ini membuktikan puasa bukan penyebab umat Islam bersikap lemah dan malas sebaliknya berusaha demi mencapai keredhaan Allah. Orang yang berjuang demi mencapai kerdhaan Allah pasti mencapai kemenangan yang dijanjikan. Allah menegaskan dalamSurah Aali ‘Imran ayat 123 hingga 125.
Sesungguhnya Allah menolong kamu dalam Perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. Sebab itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukurinya.

ISLAM MEMBUKA KOTA MEKAH
Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.
Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.
Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.
Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.
Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah.


PERISTIWA PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW KE TABUK
Apabila pengaruh Nabi Muhammad SAW tersebar ke pelosok Semenanjung Tanah Arab, ia memberikan tamparan hebat kepada Rom yang menjadi kuasa besar pada masa itu. Lantas Herkules, Maharaja Rom Timur (Bizantin)memutuskan bagi menyekat pengaruh umat Islam dengan utara Tanah Arab.
Apabila berita itu samapai ke pengetahuan Nabi Muhammad SAW, beliau mengarahkan umat Islam berkumpul bagi menghadapi Rom dan mengutip zakat. Pada masa itu tanah Arab dilanda panas dan kesusahan. Iman umat islam ketika itu benar-benar teruji. namun, mereka tetap taat kepada perintah Nabi Muhammad. Beliau sendiri memimpin tentera seramai 30,000 anggota ke utara Madinah.
Apabila tentera Islam tiba di Tabuk, tentera Rom tidak berada di situ. Sebaliknya Rom menarik diri apabila mengetahui kemaraan tentera Nabi Muhammad SAW yang ramai. Tentera Islam terus mengasak Rom sehingga termeterai perjanjian antara Islam dan Rom. Sebagai persetujuan, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Nabi Muhammad SAW dan dikenakan cukai sebanyak 3,000 dinar setiap tahun.

ISLAM SAMPAI KE YAMAN
Yaman terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab. Nabi Muhammad mengutuskan Ali bin Abu Talib dengan membawa surat beliau untuk penduduk Yaman khususnya suku Hamdan. Dalam tempoh satu hari, kesemua mereka memeluk agama Islam secara aman. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada bulan Ramadhan tahun ke-10 Hijrah.

KHALID BIN AL WALID MERUNTUHKAN BERHALA AL ‘UZZA
Selepas umat Islam membebaskan kota Mekah, Nabi Muhammad SAW menyucikannya dengan memusnahkan 360 patung di sekeliling Kaabah. Lima hari sebelum berakhirnya Ramadhan tahun ke-9 hijrah, beliau menghantar Khalid al Walid bagi memusnahkan patung al ‘Uzza di Nakhla.
Menurut kepercayaan Arab jahiliyyah, al ‘Uzza adalah patung dewi terbesar di situ. Ia sering disebut oleh masyarakat Arab apabila melafazkan sumpah. Khalid al Walid melaksanakan tugas itu dengan bergerak menuju ke Nakhla lalu menghancurkan patung al ‘Uzza. Selepas itu, penyembahan patung pun berakhir.

PENYERAHAN BANDAR TAIF
Bandar Taif pernah mencatatkan sejarah apabila penduduknya menghalau Nabi Muhammad SAW semasa berdakwah di sana. Selepas beliau dan umat Islam berjaya membebaskan Mekah, golongan Bani Thaqif berkeras tidak mahu tunduk kepada Nabi Muhammad SAW. Nabi Muhammad SAW dan tentera Islam mara ke Taif lalu mengepungnya dalam tempoh yang lama. Akhirnya rombongan mereka datang ke Mekah pada bulan Ramadhan tahun ke-9 Hijrah dengan menyerahkan bandar Taif sebagai tanda menyerah kalah. Patung al Laata yang dipuja sebelum ini dimusnahkan.

PEMBUKAAN ANDALUS (SEPANYOL)
Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus.
Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat.

PEPERANGAN ZALLAQAH; PORTUGAL
Peristiwa ini berlaku selepas subuh hari Jumaat, bulan Ramadhan tahun 459 Hijrah. Ketika itu, berlaku kebangkitan Dinasti Murabit di Afrika Utara. Gabenor Cordova, al Muktamin meminta bantuan Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin bagi memerangi al Fonso VI. Tentera Kristian yang diketuai oleh al Fonso VI yang berjumlah 80,000 tentera berjaya dikalahkan. Dalam masa yang singkat Sultan Yusuf berjaya menguasai seluruh Sepanyol dan menyelamatkan umat Islam. Selepas itu, Sepanyol Dinasti Murabit berdiri sejak 1090 hingga 1147 Masihi.

TENTERA ISLAM MENGALAHKAN TENTERA MONGOL
Pada tahun 126 hingga 1405 masihi, kaum Mongol melebarkan penaklukannya hampir kesemua benua Asia. Menurut rekod, empayar penaklukan mereka meliputi seluas 33 juta kilometer persegi. Jeneral tentera Mongol dikenali sebagai Genghis Khan. Dalam misi penaklukan itu, mereka membunuh melebihi sejuta rakyat negara yang ditakluki. Penaklukan mereka menjangkau hingga ke Moscow dan Kiev.
Pada tahun 1258, tentera pimpinan Jeneral Hulagu Khan merempuh kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah. Dalam serangan itu, ramai umat Islam terbunuh dan banyak buku karangan sarjana Islam dibuang ke dalam Sungai Furat dan Dajlah sehingga airnya menjadi hitam kerana dakwat.
Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinanSultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di ‘Ain Jalut.
Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam.

PEPERANGAN YAKHLIZ
Pada 15 Ramadhan 1294 Hijrah, bala tentera Islam Dinasti Uthmaniah yang dipimpin oleh Ahmad Mukhtar Basya dengan jumlah 34,000 anggota mengalahkan tentera Rusiayang berjumlah 740,000. Seramai 10,000 tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran itu. Ia menjadi kebanggaan umat Islam mempertahankan agama yang diancam oleh kerajaan Tzar di Rusia.

TERTAWANNYA GARIS BAR LEV, ISRAEL
Dalam sejarah moden, berlaku Perang Yom Kippur yang melibatkan tentera Islam pakatan Mesir dan Syria dengan tentera Yahudi Israel pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 Oktober hingga 22 atau 24 Oktober 1973 Masihi.Perang Yom Kippur, juga dikenali sebagai Peperangan Arab-Israel 1973,Perang Oktober, dan Perang Ramadhan.
Ia adalah sebahagian daripada konflik Arab-Israel sejak dari tahun 1948. Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung SInai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di SInai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Ber Lev.
Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa ‘tidak dapat ditawan’ kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. Antara peristiwa menarik dalam peperangan ini adalah peranan seorang sarjana Islam merangkap sebagai Imam Masjid Bandar Suez al Marhum, Syeikh Hafiz Salamah yang mengambilalih pimpinan operasi peperangan.
Beliau menggantikan jawatan ini apabila gabenor daerah bersedia menyerah kalah. Akhirnya para mujahidin gabungan tentera Mesir, Syria dan penduduk bandar Suez berjaya megasak tentera Israel yang terpaksa berundur sehingga terpaksa menyerahkan Semenanjung Sinai dan Bukit Golan.

Tuesday, August 2, 2011

salam ramdhan

salam ramdhan 
pada semua yang mengenali fais 

salam ramdhan juga buat :
  1. keluarga fais 
  2. siti nur binti khalid
  3. rakan rakan
  4. follower
puasa jangan tak puasa tau . hee
chill :)


apa azam korang tahun ini ?

kuala lumpur

akhirnya tiba jugak fais di kampung halaman .
rdapat gak lepas rindu dekat family . 
tapi 
fais rindu gak my perigi .
siti nur and family .
hehe

sebulan kot ta dapat jumpa dia .

pape pun .
i miss you 
and
love you baby

take a ggod care 
mmmmuuaahhhh