I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, August 21, 2011

MALAM LAILATUL-QADAR

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T.  Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam surah AL-Qadr 97: Ayat 3.
     
       Maksudnya: "Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "


Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w :


                  Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dikankikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "


Diriwayatkan daripada Saiyidatinan Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 malam terakhir bulan ramdhan , Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
                   
                    Maksudnya: " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. "  


Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, " Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa :
                      Maksudnya: " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku




No comments:

Post a Comment